Tujuh negara cari orang ini
Kuala Lumpur : Polis menahan dua lelaki warga Nigeria yang sangat dikehendaki kerana dipercayai terbabit dengan beberapa kes godam komputer dan mesin ATM.
Kedua-dua suspek ditahan di Taman Tun Dr Ismail dalam operasi yang dilakukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.
Difahamkan, mereka turut dikehendaki di tujuh negara lain kerana dipercayai melakukan jenayah sama.
Kejayaan terbabit disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi akaun Twitter miliknya, malam tadi.
“Syabas JSJK @pdrm Bukit Aman tangkap dua penggodam komputer/ATM warga Nigeria di Taman Tun Dr Ismail tadi, dikehendaki di tujuh buah negara. Go PDRM Go” katanya
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2015 @ 12:12 AM
0 Response to "TUJUH NEGARA CARI ORANG INI??"
Post a Comment