CMC Tekken 250cc Yang Tahan Lasak

CHEAR Global Sdn Bhd, Pengedar tunggal jenama CMC memperkenalkan model baharunya Tekken 250.
Model kedua selepas CMC 400 itu didatangkan dengan dua varian. CMC Tekken 250 roda jejari boleh didapati dalam warna oren dan putih. Manakala Tekken 250 roda tuang didatangkan dengan warna hijau dan hitam.
Lebih menarik, model pemasangan tempatan (CKD) dengan kerjasama Syarikat Kumpulan Mofaz itu dijual pada harga cukup murah.
Tekken 250 roda jejari dijual pada harga RM11,882. Sementara Tekken 250 roda tuang pula ditawarkan pada harga RM12,876. Harga termasuk insurans dan GST.
Model dari China itu dilengkapi enjin SOHC, satu silinder, penyejukan udara. Padanan transmisi 6-kelajuan memberikan kuasa maksimum 16.5bhp pada 7,000rpm dan tork maksimum 17.0Nm pada 6,500 rpm.
Ketua Pegawai Operasi Syarikatnya, Leong King Choon berkata pengenalan model itu mewujudkan satu dimensi baharu dari segi pengalaman dan keseronokan tunggangan.
“Bagi mereka yang mahukan motosikal untuk berulang-alik dan kegunaan santai, Tekken 250 adalah pilihan yang ideal.
“Motosikal yang serba boleh ini, memiliki reka bentuk sporty dan estetika yang pasti akan memikat penunggang berorientasikan prestasi mengagumkan,” katanya.
CMC Tekken 250 didatangkan dengan rekaan sporty bersama lampu nyalaan LED.
Memudahkan bacaan, Tekken 250 dilengkapi dengan meter LCD digital yang menawarkan informasi posisi gear, baki minyak dan lain-lain.
Bagi mereka yang berminat untuk melihat model ini dengan lebih dekat kunjungi pusat pengedar berhampiran. Menurut Chear Global penghantaran CMC Tekken 250 ke seluruh negeri bermula minggu ini
.
.
0 Response to "CMC TEKKEN-250cc Yang TAHAN LASAK"
Post a Comment