Monkey Bike: Model konsep Grom

MESKIPUN Honda Grom sudah diproduksi secara besar-besaran di Thailand, namun khabarnya Honda bakal menampilkan Honda Grom atau Honda MSX 125 di Tokyo Motor Show ke 44 yang akan berlangsung hujung bulan ini.
Difahamkan tersedia dua model konsep iaitu Grom 50 Concept-One dan Grom 50 Concept-Two..
Honda Grom 50 Concept-One kelihatan lebih konvensional. Sementara model konsep kedua lebih futuristik. Dapat dilihat ciri khas utama kedua-dua model konsep berkenaan ialah ukuran kaki yang lebih pendek dan lebih berotot.
Perbezaan model konsep dan versi produksi ialah pada tayar dan bahagian enjin. Difahamkan Grom 50 bakal dilengkapi dengan enjin 49cc OHC, dan bentuk tayarnya lebih berbunga tebal.
Walaupun informasi yang ada masih lagi minimum namun dapat dilihat kedua motor konsep berkenaan didatangkan dengan paip ekzos yang direka ke atas.
Bagi model konsep Honda Grom 50 Concept-One lebih klasik dengan penggunaan warna perak. Tambahan rekaan lampu depan bulat meningkatkan imej berkenaan. Rekaannya terlihat seperti kombinasi dari Ducati Scrambler dan Moto Guzzi V7 racer.
Sementara Honda Grom 50 Concept-Two hadir dengan profil lebih tinggi dan menggunakan kemasan warna hijau pada badan. Kesan retro tampak kuat di model yang satu ini.
Belum diketahui rencana pengeluarannya, namun nantikan kemunculan model ini pada Tokyo Motor Show hujung Oktober ini. Kehadiran motor ini bakal menarik perhatian pencinta kustom
.
.
0 Response to "Monkey Bike: Model konsep Grom"
Post a Comment